Pada tahun ini Pihak Majlis Daerah Mersing melalui Kelab Sukan Dan Kebajikan Majlis Daerah Mersing telah berkerjasama dengan pihak Lagenda Properties Berhad bagi melaksanakan Program Masak Dan Agih Bubur Lambuk sempena Bulan Ramadhan. Program ini merupa program tahunan yang dianjurkan oleh pihak MDM.
Acara memasak Bubur Lambuk ini bermula seawal pukul 8.00 pagi, 6 April 2023 di perkarangan Majlis Daerah Mersing dan telah dibantu oleh seluruh kakitangan MDM serta beberapa orang wakil dari Syarikat Lagenda Properties Bhd.
Agihan sebanyak 600 bungkus bubur lambuk telah dilakukan bermula jam 2.00 petang. Antara penerima agihan ini adalah Surau Kg. Air Merah, Masjid Jamek Kampung Sri Lalang dan selebihnya diagihkan juga kepada agensi -agensi kerajaan lain di sekitar bandar Mersing.
Bagi pihak Lagenda, terima kasih disucapkan kepada Tuan Yang DiPertua dan Seluruh Kakitangan Majlis Daerah Mersing kerana telah menjayakan program ini.
Lagenda Properties Berhad telah berbesar hati menaja 3 orang pelajar dari 2 buah sekolah di Negeri Perak untuk mewakili Malaysia ke peringkat akhir Pertandingan Globals Teeneagle 2022 di London, United Kingdom. Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Malaysia Innovation, Invention & Creativity Association (MIICA). Seramai 70 orang pelajar dari seluruh Malaysia telah menyertai pertandingan ini dan daripada jumlah tersebut seramai 35 orang pelajar telah memperolehi Pingat Emas. Setelah melalui beberapa proses saringan, 10 orang pelajar telah terpilih, 3 daripadanya adalah dari Negeri Perak untuk mewakili Malaysia ke pertandingan akhir yang dijadualkan pada 31 Julai 2022 hingga 7 Ogos 2022 di United Kingdom.
Tahniah diucapkan kepada adik Usheytha a/p Rajendran dan adik Ushana a/p Rajendran dari SK Marian Convent Ipoh serta adik Sharvika a/p Vijaya Raman dari SJK (T) Chettiar Ipoh. Semoga mereka pulang dengan kejayaan dan mengharumkan nama sekolah seterusnya nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Program Penanaman Pokok Bakau Changkat Keruing, 29 May 2022
Lagenda Properties Berhad dengan kerjasama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Persatuan Changkat Keruing telah menganjurkan program penanaman pokok bakau di kawasan simpanan sekitar Sg. Raja Hitam berdekatan dengan Changkat Keruing Riverbank Park pada pukul 8 pagi. Program ini juga turut disokong oleh GEF Small Grants Programme, Yayasan Hasanah dan Rakan Segari.
Lagenda Properties Berhad telah menyumbang sebanyak 1,000 batang pokok bakau dan telah berjaya ditanam dengan bantuan kakitangan Lagenda Properties Berhad, Persatuan Changkat Keruing dan pihak pengurusan KUASA.
Penanaman pokok bakau ini bertujuan untuk memelihara semula eko sistem di kawasan sungai akibat daripada kegiatan penerokaan haram yang dijalankan sebelum ini.
Memahami keresahan para penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditambah pula dengan latar belakang sosio-ekonomi penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada golongan B40, Lagenda Properties Berhad terpanggil untuk menghulurkan sumbangan berupa Kotak Bantuan Makanan kepada mereka yang terlibat di Kampung Jawa, Gugusan Ayer Hitam, Hilir Perak.
Lagenda Properties Berhad amat berharap dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk yang terlibat sepanjang dalam tempoh sekatan. Ini merupakan tanda keprihatinan pihak syarikat dengan masalah yang berlaku kepada masyarakat setempat.
Hadir untuk menerima sumbangan yang disampaikan oleh En. Zainal bin Ahmad selaku Pengurus Perhubungan Awam, Lagenda Properties Berhad ialah En. Saidi b Hj Shaari, Pegawai Daerah Hilir Perak.
Majlis ringkas berlangsung di Pusat Kawalan PKPD Kampung Jawa, Gugusan Ayer Hitam pada hari Jumaat, 24 Dis 2021 jam 10.00 pagi yang turut dihadiri oleh kakitangan dari Bahagian Perhubungan Awam, Pemasaran & Komunikasi Korporat serta Pejabat Jualan Lagenda Teluk Intan.
PANDEMIK COVID-19 – PERANAN BARISAN HADAPAN
Pandemik Covid19 yang melanda negara sejak tahun 2019 telah menyebabkan semua pihak berganding bahu dalam menangani suasana yang tidak pernah dijangka. Barisan hadapan yang terdiri daripada pasukan keselamatan dan perubatan merupakan benteng pertama dalam mendepani serangan wabak ini.
Angkatan Tentera Malaysia yang merupakan tonggak utama dalam barisan hadapan terbukti melaksanakan tanggungjawab dengan sangat cemerlang dalam usaha kerajaan mengekang pandemik ini.
Lagenda Properties Berhad merasa terpanggil dan berhasrat untuk menghulurkan satu bentuk sumbangan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia walaupun kami menyedari bahawa ianya tidak mampu untuk memberikan nilai saksama atas pengorbanan dan jasa pasukan Angkatan Tentera Malaysia.
Dalam mengukuhkan jalinan kerjasama bersama pasukan keselamatan yang sentiasa gigih dalam mendepani cabaran kehidupan masakini, Lagenda Properties Berhad terpanggil untuk menyantuni keperluan anggota pasukan terutama yang terkesan dengan pandemik Covid19 yang masih berlegar dipersekitaran
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lagenda Properties Berhad, Dato’ Jimmy Doh telah menyerahkan sumbangan berbentuk 100 Kotak Bantuan Makanan ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Bin Wahid di pejabatnya di Ibupejabat Kontinjen Perak di Ipoh hari ini.
Lagenda Properties Berhad optimis bahawa sumbangan kecil ini akan memantapkan lagi kesalinghubungan antara kedua pihak sejajar dengan ungkapan bahawa Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.
𝗠𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘀 𝗕𝗲𝗿𝗽𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮
Menyokong hasrat Frontliners Negara didalam membantu masyarakat yang terkesan akibat Covid-19 dan sempena lawatan rasmi Ketua Polis Negeri Perak (C.P) Datuk Mior Faridalathrash Wahid ke Pulau Pangkor, Lagenda Properties Berhad sekali lagi turut turun padang membantu Polis DiRaja Malaysia dengan menyumbangkan 50 kotak barangan makanan harian untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan di sekitar Pulau Pangkor. “𝘊𝘢𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘣𝘰𝘶𝘵 𝘰𝘵𝘩𝘦𝘳𝘴, 𝘳𝘶𝘯𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘩𝘦 𝘳𝘪𝘴𝘬 𝘰𝘧 𝘧𝘦𝘦𝘭𝘪𝘯𝘨, 𝘢𝘯𝘥 𝘭𝘦𝘢𝘷𝘪𝘯𝘨 𝘢𝘯 𝘪𝘮𝘱𝘢𝘤𝘵 𝘰𝘯 𝘱𝘦𝘰𝘱𝘭𝘦, 𝘣𝘳𝘪𝘯𝘨𝘴 𝘩𝘢𝘱𝘱𝘪𝘯𝘦𝘴𝘴” – 𝘏𝘢𝘳𝘰𝘭𝘥 𝘒𝘶𝘴𝘩𝘯𝘦𝘳
Program pemberian vaksin dengan PPV bas bergerak anjuran Lagenda Properties Berhad diteruskan minggu ini di Dewan Penghulu Bukit Gantang.
Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 ini memberi peluang kepada penerima secara walk-in untuk memudahkan masyrakat luar bandar dan perkampungan untuk mendapatkan vaksin.
Bersatu kita menentang COVID-19
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗚𝗝𝗔𝗪𝗔𝗕 𝗦𝗢𝗦𝗜𝗔𝗟 (𝗖𝗦𝗥) Lagenda Properties Berhad
Lagenda Properties Berhad meneruskan langkah tuntas untuk memenuhi konsep 𝘨𝘪𝘷𝘪𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘤𝘬 𝘵𝘰 𝘤𝘰𝘮𝘮𝘶𝘯𝘪𝘵𝘺 dengan memenuhi permohonan bantuan peralatan perubatan daripada Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.
Hadir dalam majlis ringkas pada hari ini adalah Pengurus Besar, En Cheah Lye Aik yang mewakili Lagenda Properties Berhad bagi menyerahkan bantuan peralatan bernilai melebihi RM480,000.00 kepada Timbalan Pengarah Perubatan, Dr Hj Mohamed Ali bin Mohamed Nadhar Khan dan Dr Azurin Chan binti Mohd Mansor mewakili Pengarah HSAH Sungai Petani, Dr Azlina binti Muhamad Radzi di Lobi Utama HSAH.
Masih menjadi harapan bahawa bantuan peralatan-peralatan ini akan mengukuhkan ikatan kolabrasi untuk bersama dengan pihak HSAH Sungai Petani dalam menyuntik semangat baru kepada petugas barisan hadapan dalam memerangi pandemik Covid19 yang masih belum berakhir
Misi pemberian suntikan vaksin kepada penduduk Batu Kurau minggu ini telah diselesaikan melalui PPV Bas Bergerak anjuran Lagenda Properties Berhad dan kolaborasi bersama Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama yang bertempat di SMK Kampong Perak selama 3 hari
Bersatu kita menentang COVID-19
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)
Lagenda Properties Berhad
Meneruskan langkah dalam manifestasi giving back to the community, Lagenda Properties Berhad telah memenuhi sebahagian keperluan peralatan dan kelengkapan perubatan seperti yang telah disenaraikan oleh pihak Hospital Teluk Intan.
Hadir dalam majlis ringkas pada hari ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Lagenda Properties Berhad, YBhg Dato’ Jimmy Doh yang menyerahkan bantuan peralatan bernilai melebihi RM500,000.00 berkenaan kepada Pengarah Hospital Teluk Intan, Tuan Dr Khairul Baharin b Mohd Baharuddin di Lobi Utama Hospital Teluk Intan.
Adalah menjadi harapan bahawa bantuan ini akan merupakan satu kolaborasi yang mampu diperkukuhkan untuk terus bersama dalam menyuntik semangat baru kepada petugas – petugas perubatan yang merupakan tulang belakang dalam barisan hadapan memerangi pandemik Covid19 yang masih belum berakhir
Selesai sudah lokasi PPV Bas Bergerak di Klinik Kesihatan Trong yang telah memanfaatkan kira-kira 2,000 penduduk di mukim Trong.
Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 ini adalah usaha kerjasama antara Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama dengan Lagenda Properties Berhad yang bermatlamat untuk mempercepatkan pendaftaran dan pemberian vaksin khususnya kepada penduduk kawasan luar bandar dan pendalaman.
Bersatu kita menentang COVID-19.
Sekitar 4000 penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Simpang Perdana disasarkan menerima vaksin COVID-19 melalui insiatif tanggungjawab sosial korporat Lagenda Properties Berhad dan kolaborasi bersama Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama minggu ini.
Lagenda Properties Berhad amat berbesar hati kerana berpeluang untuk turut menyumbang kepada rakyat Malaysia ketika menghadapi cabaran menangani pandemik COVID-19 ini.
Bersatu kita menentang COVID-19
Polis Dan Rakyat Berpisah Tiada
Menghargai usaha dan jasa Frontliner Negara, Lagenda Properties Berhad sekali lagi menyampaikan barangan sokongan berupa 100 kotak air mineral, 100 kotak pelitup muka dan 100 botol hand sanitizer bagi kegunaan anggota Polis Tapah yang bertugas semasa tempoh pelaksanaan PKPD di 23 kawasan di Daerah Tapah yang bermula dari 11 Ogos 2021 sehingga 25 Ogos 2021.
Pihak Lagenda Properties Berhad mengambil maklum bahawa ada beberapa kawasan yang terlibat dengan PKPD di daerah ini melibatkan Perkampungan Orang Asli, jadi bekalan barangan sokongan ini amatlah perlu dibekalkan secukupnya kerana ianya melibatkan perjalanan yang jauh untuk berulang alik.
Barangan sumbangan ini telah disampaikan oleh En. Zainal Ahmad, Pengurus Perhubungan Awam, Lagenda Properties Berhad kepada Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Wan Azharuddin b Wan Ismail dalam majlis ringkas di IPD Tapah yang turut disaksikan oleh beberapa orang pegawai dari kedua-kedua pihak
Lagenda Properties Berhad mengambil satu langkah ke hadapan membantu anggota TLDM yang terjejas dengan PKP akibat penularan Covid 19.
Bantuan segera disalurkan setelah menerima maklumat daripada Pusat Khidmat Komuniti KPKT cawangan Lumut. Memandangkan sebelum ini ramai dikalangan anggota TLDM merupakan pembeli kepada beberapa projek perumahan milik Syarikat Lagenda Properties Berhad, ianya telah menjadi tanggungjawap bersama untuk meringankan beban mereka dengan memberi bantuan yang sewajarnya.
Sumbangan 200 kotak makanan telah disampaikan melalui Pusat Khidmat Komuniti KPKT cawangan Lumut untuk diagihkan kepada anggota yang terlibat oleh wakil Syarikat Lagenda Properties Berhad, Encik Zainal Ahmad kepada Pn. Syarifah Hazlina Syed Musa, Penyelaras Pusat Khidmat Komuniti KPKT.
Lagenda Properties Berhad menyokong penuh Program Imunisasi Kebangsaan
Lagenda Properties Berhad telah meneruskan Kempen Vaksinasi Korporat dengan melengkapkan dos kedua kepada mereka yang terlibat sejak semalam.
Kami berharap dengan insiatif ini, kita mampu meratakan lengkuk jangkitan dan meningkatkan keselamatan di tempat kerja untuk kakitangan dan rakan niaga serta ahli keluarga.
Lagenda Properties Berhad Care!
Lagenda Properties Berhad terus menghulurkan tangan membantu
Sejumlah 200 kotak bantuan makanan kering disumbangkan kepada penduduk di Teluk Intan, Hilir Perak dan Manjung yang terkesan akibat penularan covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang tiada berpenghujung.
Sumbangan diterima oleh Encik Issamuddin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung dan Ybhg Tuan Saidi b Mohd Shaari, Pegawai Daerah Hilir Perak.
Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan sinar keceriaan dan senyuman kepada mereka yang terkesan.
Lagenda Properties Berhad Cares!
Seramai 1200 orang terdiri daripada kakitangan Lagenda Properties Berhad, Setia Awan Group, ahli keluarga, dan rakan niaga telah berjaya divaksin dalam Kempen Vaksinasi Korporat anjuran Lagenda Properties Berhad dengan kerjasama Eastin Hotel Petaling Jaya dan pihak Optimax dalam menyediakan vaksin Covid-19 serta pegawai perubatan dan para sukarelawan pada Khamis yang lalu.
Semoga dengan usaha kecil ini, kita bersama-sama memutuskan rantaian pandemik Covid-19
Bersama kita lindungi diri daripada wabak Covid-19.
Lagenda Properties Berhad We care!