Mengenai Kami
Kami tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad dan memulakan perjalanan kami dalam perumahan mampu milik pada awal 2016. Kami memberi tumpuan kepada kepakaran teras kami untuk membangunkan perbandaran lestari sendiri, mengutamakan kemudahan berasaskan komuniti & kemudahan awam yang memenuhi keperluan pembeli rumah Malaysia di bawah kumpulan B40 dan M40.
Walaupun dengan harga mampu milik, perbandaran dan kediaman kami adalah rumah atas tanah yang turut menyediakan kemudahan-kemudahan yang akan memberi manfaat dan meningkatkan gaya hidup penduduk.
Kami percaya model kami berskala besar dan akan terus mengembangkan pelan tindakan perniagaan kami di negeri lain di Malaysia untuk mencapai visi kami iaitu menjadi Pemaju Perbandaran Mampu Milik Seluruh Negara. Selain Perak, kami telah melebarkan sayap ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Pahang, Johor, dan Selangor bagi meneruskan visi kami.
Strategi penyimpanan tanah yang berdaya saing akan memastikan kami melancarkan sekurang-kurangnya satu perbandaran baru setiap tahun bagi menjamin pertumbuhan yang mampan untuk jangka masa panjang.
Visi Kami
Menjadi Pemaju Rumah Mampu Milik Pilihan Rakyat Malaysia
Misi Kami
Menyediakan solusi perumahan mampu milik bagi pasaran yang kurang mendapat perhatian.
Mencipta perbandaran yang lestari dengan kemudahan komuniti dan kemudahan awam yang komprehensif.
Untuk meningkatkan nilai pihak berkepentingan dengan menjadi pemaju perumahan mampu milik yang lestari, terkemuka dan kekal lama di dalam industri hartanah di Malaysia.
Mengutamakan kualiti dan inovasi dalam memastikan amalan terbaik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Korporat (ESG).