Inisiatif Kelestarian
Di Lagenda, kami memahami kepentingan mengambil inisiatif kelestarian dan terlibat dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk mengurangkan impak alam sekitar dan mencipta nilai bagi pemegang kepentingan kami.
Ketahui lebih lanjut Inisiatif Kelestarian dan Komitmen Sosial Korporat (CSR):
Inisiatif Kelestarian - Ringkasan
Pengurangan Sisa Binaan dengan Menggunakan Sistem Bangunan Berindustri
Pada FY2021, sejumlah 376,000 m² bahan prefabrikasi telah digunakan, yang mengurangkan sisa sebanyak 26% berbanding dengan bahan binaan konvensional.
Projek Hijau Pangkor: Hari Konservasi Pangkor
Selaras dengan matlamat alam sekitar, kami telah mengambil bahagian dalam Hari Pemuliharaan Pulau Pangkor di Teluk Giam, Pulau Pangkor. Kami telah menanam pokok dan menjalankan aktiviti pembersihan pantai, dengan tujuan mempromosikan kesedaran alam sekitar dan menekankan kepentingan flora dan fauna tempatan.
Penjimatan Air Hujan
Pada tahun kewangan 2022, kami telah memasang sejumlah 3,663 sistem penjimatan air hujan pada unit-unit individu untuk menggalakkan kecekapan penggunaan air, menyumbang kepada pengurangan yang ketara.
Program Penglibatan Pekerja
Pada tahun kewangan 2022, kami menganjurkan pelbagai aktiviti penglibatan pekerja, termasuk pelancongan domestik, makan malam tahunan, teambuilding, perayaan Tahun Baru Cina, dan acara sukan.
Taman Komuniti
Kami telah melancarkan Projek Taman Komuniti dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung dan Jabatan Pertanian Perak sebagai sebahagian daripada kempen 5R kami. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan jaminan makanan dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan komuniti tempatan.
5R Recycling Campaign
Kami telah melancarkan kempen pengurusan sisa berasaskan pendekatan 5R dengan mengadakan Hari Kitar Semula (Baucer Tunai), Hari Sumbangan dan Kempen Kitar Semula di premis kami.
Sempena kempen ini, kami memberikan tumpuan kepada penggalak 5R iaitu dengan mempromosikan amalan kitar semula, pendekatan upcycling dan menyediakan infrastruktur kitar semula seperti tong fabrik.
Inisiatif Kelestarian - Ringkasan
Pengurangan Sisa Binaan dengan Menggunakan Sistem Bangunan Berindustri
Pada FY2021, sejumlah 3760,000 m2 bahan prefabrikasi telah digunakan, yang mengurangkan sisa sebanyak 26% berbanding dengan bahan binaan konvensional.
Biodiversiti: Program Penanaman Pokok
Sehingga FY2022, kami telah menanam lebih daripada 23,000 anak pokok dan pokok pelbagai saiz. Usaha kami tidak hanya menyumbang kepada pemuliharaan ekosistem tempatan, tetapi juga meningkatkan nilai estetika kawasan perumahan dan mencipta persekitaran yang lebih menarik untuk semua.
Penjimatan Air Hujan
Pada tahun kewangan 2022, kami telah memasang sejumlah 3,663 sistem penjimatan air hujan pada unit-unit individu untuk menggalakkan kecekapan penggunaan air, menyumbang kepada pengurangan yang ketara.
Program Penglibatan Pekerja
Pada tahun kewangan 2022, kami menganjurkan pelbagai aktiviti penglibatan pekerja, termasuk pelancongan domestik, makan malam tahunan, teambuilding, perayaan Tahun Baru Cina, dan acara sukan.
Taman Komuniti
Kami telah melancarkan Projek Taman Komuniti dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung dan Jabatan Pertanian Perak sebagai sebahagian daripada kempen 5R kami. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan jaminan makanan dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan komuniti tempatan.
Menyokong Komuniti Kami
28 Nov 2023
Tajaan Shuttlecock bagi Pertandingan di Perak
Tajaan shuttlecock bagi Pertandingan Karnival Sukan KESEDAR ke pertandingan Sukan Suk
Tajaan shuttlecock bagi Pertandingan Karnival Sukan KESEDAR ke pertandingan Sukan Suk Semalaysia (SUKSEM).
Tajaan 5 tube shuttlecock bagi tujuan latihan dan perlawanan sebenar kepada pasukan gabungan MMK, PSM, dan Unit Integriti SUK Perak.
29 Dec 2023
Sumbangan kepada Konsert Amal 2023
Sumbangan kepada Konsert Amal 2023 anjuran MBI Zon 22 & Groove Society. Konsert amal
Sumbangan kepada Konsert Amal 2023 anjuran MBI Zon 22 & Groove Society.
Konsert amal ini bertujuan mengutip dana bagi membantu NGO muzik dan kesenian di Perak bagi menjalankan aktiviti seni muzik selaras dengan pengiktirafan Ipoh sebagai bandaraya kreatif muzik oleh UNESCO.
24 Sep 2023
Sumbangan Kutipan Amal untuk Program Pendidikan
Sumbangan kutipan amal untuk menjana kepada Program Pendidikan dibawah
Sumbangan kutipan amal untuk menjana kepada Program Pendidikan dibawah Pertubuhan Rakan Komuniti Pendidikan Perak.
Inisiatif bermakna ini didedikasikan untuk meningkatkan landskap pendidikan dan menyediakan peluang untuk masa depan yang lebih cerah untuk golongan yang kurang bernasib baik.
Jumlah Sumbangan: RM 5000.00.
26 Sep 2023
Sumbangan Belanjawan di Pejabat Tanah Mersing
Sumbangan belanjawan bagi aktiviti aktiviti jabatan dan kelab sukan dan kebajikan
Sumbangan belanjawan bagi aktiviti aktiviti jabatan dan kelab sukan dan kebajikan Pejabat Tanah Mersing.
Antara aktiviti yang telah dijalankan:
1. Hari keluarga PTD Mersing 2023.
2. Team building budaya kepimpinan dan LDK teamwork.
3. CSR - Cakna keselamatan dan kesedaran khidmat masyarakat di kepulauan mersing.
4. Lawatan muhibbah dan perlawanan persahabatan Pentadbiran Tanah Johor.
12 Nov 2023
Sumbangan bagi Sambutan Perayaan Hari Deepavali
Sumbangan bagi Sambutan Perayaan Hari Deepavali di kawasan Tg. Piai Johor.
Sumbangan bagi Sambutan Perayaan Hari Deepavali di kawasan Tg. Piai Johor.
Program ini bagi memberi sumbangan barangan keperluan harian kepada keluarga kaum india yang memerlukan di kawasan Tg Piai Johor. Sumbangan telah disampaikan oleh YBRS. Th. Hj. Israk bin Abdullah selaku Ahli Majlis Perbandaran Pontian, Johor.
26 Aug 2023
Sumbangan Sebahagian Kos Perbelanjaan Penyertaan Golf
Sumbangan sebahagian kos perbelanjaan penyertaan pasukan golf Daerah Manjung
Sumbangan sebahagian kos perbelanjaan penyertaan pasukan golf Daerah Manjung bagi menghadapi Kejohanan Golf Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Siri 5.
Program ini dapat mengumpul peminat golf dari seluruh wilayah tempatan untuk mempamerkan kemahiran mereka dan meraikan permainan.
Jumlah Sumbangan: RM 2000.00.
26 Aug 2023
Tajaan Jersey bagi Pertandingan Futsal Piala Ketua Polis Negara
Tajaan jersey bagi pertandingan Futsal Piala Ketua Polis Negara kepada Pasukan PDRM
Tajaan jersey bagi pertandingan Futsal Piala Ketua Polis Negara kepada Pasukan PDRM negeri Perak.
Jumlah Sumbangan: RM 2200.00.
24 Sep 2023
Sumbangan Sempena Pertandingan Golf Piala Sultan Pahang 2023
Sumbangan sempena Pertandingan Golf Piala Sultan Pahang 2023 di Kelab Golf Diraja
Sumbangan sempena Pertandingan Golf Piala Sultan Pahang 2023 di Kelab Golf Diraja Pekan, Pahang.
Program ini dapat mengumpul peminat golf dari seluruh wilayah tempatan untuk mempamerkan kemahiran mereka dan meraikan permainan.
Jumlah Sumbangan: RM 30,000.00.
7 Ogos - 22 Sep 2023
Sumbangan di Hospital Teluk Intan, Perak
Sumbangan kepada program Bulan Kebangsaan, Hari Malaysia dan Wellness
Sumbangan kepada program Bulan Kebangsaan, Hari Malaysia dan Wellness Month 2023 peringkat Hospital Teluk Intan.
Penajaan ini akan memberi semangat memupuk perpaduan, meraikan kebanggaan negara dan menggalakkan masyarakat mengutamakan kesejahteraan mereka.
Jumlah Sumbangan: RM 4549.00.
13 Jul - 16 Sep 2023
Sumbangan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan
Sumbangan sempena Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Daerah Hilir Perak
Sumbangan sempena Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Daerah Hilir Perak tahun 2023.
Penganjuran program oleh pejabat Daerah dan tanah Hilir Perak ini bertujuan untuk mengenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan tanah air dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat di Daerah Hilir Perak. Antara program yang telah diadakan termasuk gotong royong membersihkan Sungai Perak dan perarakan bot berhias.
26 Ogos 2023
Tajaan Sebahagian Kos Program Beach Fun Run 2023
Tajaan sebahagian kos Program Beach Fun Run 2023 anjuran Majlis Perbandaran
Tajaan sebahagian kos Program Beach Fun Run 2023 anjuran Majlis Perbandaran Manjung di Teluk Batik.
Dengan menyumbang program ini, kita dapat menggalakkan komuniti untuk menjalani hidup sihat, keseronokan dan menguatkan komuniti.
Jumlah Sumbangan: RM 2000.00.
3-6 Ogos 2023
Sumbangan CSR bagi penganjuran SUKNA & Desa Malaysia
Sumbangan CSR bagi penganjuran Kejohanan Sukan Nasional (SUKNA) Perancangan Bandar dan Desa Malaysia kali ke 20 bagi tahun 2023 kepada kelab kebajikan dan sosial.
Sumbangan CSR bagi penganjuran Kejohanan Sukan Nasional (SUKNA) Perancangan Bandar dan Desa Malaysia kali ke 20 bagi tahun 2023 kepada kelab kebajikan dan sosial.
Program ini adalah untuk mendorong kesejahteraan individu dan komuniti.
Jumlah Sumbangan: RM 3000.00.
3-6 Ogos 2023
Sumbangan CSR kepada Plan Malaysia Putrajaya
Sumbangan CSR kepada Plan Malaysia Putrajaya bagi penajaan penyertaan Kejohanan Sukan Nasional (SUKNA) Perancangan Bandar dan Desa Malaysia kali ke 20 bagi tahun 2023.
Sumbangan CSR kepada Plan Malaysia Putrajaya bagi penajaan penyertaan Kejohanan Sukan Nasional (SUKNA) Perancangan Bandar dan Desa Malaysia kali ke 20 bagi tahun 2023.
Jumlah Sumbangan: RM 3000.00.
3-6 Ogos 2023
Sumbangan CSR kepada Plan Malaysia Perak
Sumbangan CSR kepada Plan Malaysia Perak bagi penajaan penyertaan Kejohanan Sukan Nasional (SUKNA) Perancangan Bandar dan Desa Malaysia kali ke 20 bagi tahun 2023.
Sumbangan CSR kepada Plan Malaysia Perak bagi penajaan penyertaan Kejohanan Sukan Nasional (SUKNA) Perancangan Bandar dan Desa Malaysia kali ke 20 bagi tahun 2023.
Jumlah Sumbangan: RM 3000.00.
27 Jun 2023
Sumbangan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidiladha 2023
Sumbangan lembu korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2023 kepada residen 1 & 2 BBSAP, residen LTI, Adun Sg. Rapat, Suk Kedah dan majlis Daerah Mersing.
Sumbangan lembu korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2023 kepada residen 1 & 2 BBSAP, residen LTI, Adun Sg. Rapat, Suk Kedah dan majlis Daerah Mersing.
Telah menjadi tradisi apabila umat islam menjalankan ibadah qurban ini, daging sembelihanakan diagihan kepada fakir miskin, golongan asnaf, dan mereka yang memerlukan. Setahun sekali mereka dapat merasa serta meraikan tradisi ini.
29 Jun 2023
Sumbangan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidiladha 2023
Sumbangan lembu korban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 2023 bagi program Mesra Qurban Yayasan Mesra Selangor.
Sumbangan lembu korban sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 2023 bagi program Mesra Qurban Yayasan Mesra Selangor.
2 ekor lembu telah disalurkan kepada Yayasan Mesra Selangor bagi tujuan agihan daging korban kepada golongan asnaf dan fakir miskin di sekitar negeri Selangor.
29 Jun 2023
Sumbangan Kos Perubatan Kepada Anggota PDRM Tapah
Sumbangan kos perubatan kepada anggota PDRM Tapah yang terlibat didalam kemalangan lori kontena yang melanggar Balai Polis Tapah.
Sumbangan kos perubatan kepada anggota PDRM Tapah yang terlibat didalam kemalangan lori kontena yang melanggar Balai Polis Tapah.
Penajaan ini adalah untuk menunjukkan rasa tanggungjawab dan penghargaan kepada pegawai PDRM kita yang terlibat dalam kemalangan kerana keberanian dan dedikasi mereka kepada komuniti.
Jumlah Sumbangan: RM 1000.00.
9 Mei 2023
Sumbangan bagi Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Sumbangan bagi menjayakan jamuan Hari Raya Aidilfitri pentadbir tanah negeri Kedah tahun 2023.
Sumbangan bagi menjayakan jamuan Hari Raya Aidilfitri pentadbir tanah negeri Kedah tahun 2023.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023, anjuran Pentadbiran Tanah Negeri kedah, bagi menyambut kegembiraan bersama masyarakat. Dengan tajaan ini, masyarakat dapat mengeratkan hubungan dengan semangat perayaan, perpaduan dan kesyukuran.
Jumlah Sumbangan: RM5000.00.
20 Mei 2023
Program Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023
Program rumah terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 bagi penduduk Lagenda Teluk Intan.
Program rumah terbuka sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 bagi penduduk Lagenda Teluk Intan.
Seramai 350 penduduk dari pelbagai kaum telah hadir memeriahkan majlis yang telah diadakan dari jam 12 tengahari sehingga habis juadah sekitar 6:30 petang.
22 Mei 2023
Sumbangan Sebahagian Pembiayaan Bahan Binaan
Sumbangan sebahagian pembiayaan barangan bahan binaan bagi kerja kerja membina empat unit rumah untuk keluarga .
Sumbangan sebahagian pembiayaan barangan bahan binaan bagi kerja kerja membina empat unit rumah untuk keluarga miskin di Kampung Bagan Selat, Pekan Tanjung Dawai, Daerah Kuala Muda, Kedah.
Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kehidupan bagi orang yang memerlukan dengan menyumbang sebahagian daripada bekalan bangunan yang diperlukan.
Jumlah Sumbangan: RM 14,000.00.
12 Apr 2023
Sumbangan Keperluan Asas Harian Kepada Asnaf dan Anak Yatim
Sumbangan bekalan keperluan asas harian kepada asnaf dan anak yatim di kawasan Sungai Rapat Ipoh, Perak sempena bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri
Sumbangan keperluan bekalan keperluan harian kepada asnaf dna anak yatim di kawasan Sungai Rapat Ipoh, Perak sempena bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri melalui adun sungai rapat merangkap exco infrastuktur, tenaga, air dan pengangkutan awam negeri Perak.
Sebanyak 300 kotak makanan asas harian telah disampaikan melalui pusat khidmat adun teja dan pusat khidmat parlimen gopeng bagi membantu penduduk asnaf dan anak yatim di kampung kampung di kawasan Teja dan Gopeng, Perak.
13 Apr 2023
Sumbangan Keperluan dalam Program Kemiskinan
Sumbangan keperluan bekalan harian kepada asnaf bagi program kemiskinan bandar peringkat majlis Daerah Tapah sempena bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Sumbangan keperluan bekalan harian kepada asnaf bagi program kemiskinan bandar peringkat majlis Daerah Tapah sempena bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Sebanyak 200 kotak makanan asas harian telah disampaikan melalui majlis Daerah Tapah bagi membantu penduduk asnaf bagi menjayakan program kemiskinan bandar peringkat Daerah Tapah.
20 Apr 2023
Program Pendidikan Kesihatan Susulan Peningkatan Kes Denggi
Program pendidikan kesihatan susulan peningkatan kes denggi anjuran bersama jabatan kesihatan negeri perak, persatuan penduduk residen 1, dan Lagenda Properties
Program pendidikan kesihatan susulan peningkatan kes denggi anjuran bersama jabatan kesihatan negeri perak, persatuan penduduk residen 1, dan Lagenda Properties Bhd di Bandar Baru Setia Awan Perdana.
Antara topik kesedaran yang diketengahkan adalah:
1. Memastikan tiada bekas atau tempat yang berpotensi menjadi pembiakan aedes dikawasan rumah dan sekitarnya.
2. Menggunakan repelen atau memakai baju lengan panjang atau seluar panjang bagi melindungi daei gigitan nyamuk aedes.
3. Menyembur racun serangga aerosol didalam rumah terutama dibelakang langsir, bawah meja dan tempat gelap pada awal pagi dari 5am hungga 7am dan petang dari 5pm hingga 7pm.
4. Menasihati orang awam yang mengalami demam untuk mendapatkan rawatan segera supaya kes denggi dapat dikesan dengan lebih awal.
27 Mac 2023
Sumbangan Bagi Membantu Mangsa Banjir Di Negeri Johor
Sumbangan telah diserahkan melalui pusat khidmat wakil rakyat Tenggaroh dan telah diterima oleh YB En Raven Kumar A/L Krishan
Sumbangan telah diserahkan melalui pusat khidmat wakil rakyat Tenggaroh dan telah diterima oleh YB En Raven Kumar A/L Krishan selaku adun Tenggaroh merangkap pengerusi jawatankuasa pelancongan, alam sekitar, warisan budaya negeri Johor di pejabat exco, kompleks warisan Sultan Abu Bakar, Yayasan Warisan Johor, Johor Bahru.
6 Apr 2023
Program Bubur Lambok Sempena Bulan Ramadhan Di Mersing Johor
Program masak dan agih bubur lambok ini merupakan acara tahunan pihak Majlis Daerah. Lagenda Properties Berhad telah
Program masak dan agih bubur lambok ini merupakan acara tahunan pihak Majlis Daerah. Lagenda Properties Berhad telah bersama sama menjayakan program pada tahun ini dengan mengagihkan 600 paket bubur lambok kepada beberapa agensi kerajaan di Mersing, Masjid Kampung Sri Lalang, dan surau Air Merah.
10 Apr 2023
Sumbangan Keperluan Harian Kepada Asnaf Dna Anak Yatim
Sebanyak 200 kotak makanan asas harian telah disampaikan melalui Pusat Khidmat Adun Tualang Sekah bagi membantu
Sebanyak 200 kotak makanan asas harian telah disampaikan melalui Pusat Khidmat Adun Tualang Sekah bagi membantu penduduk Asnaf dan anak yatim di kampung kampung di Tualang Sekah, daerah Malim Nawar, Perak.
14 Jan 2023
Sumbangan 500 Kotak Limau Mandarin Kepada Penduduk Di Ipoh
Sebanyak 500 kotak limau mandarin telah diagihkan kepada penduduk yang bakal menyambut Perayaan Tahun Baru Cina di kawasan Gopeng, Teja dan Sungai Rapat
Sebanyak 500 kotak limau mandarin telah diagihkan kepada penduduk yang bakal menyambut Perayaan Tahun Baru Cina di kawasan Gopeng, Teja dan Sungai Rapat Ipoh. Agihan ini dibuat melalui Pusat Khidmat ADUN kawasan yang terbabit.
8 Mac 2023
Sumbangan Program Mesyuarat Agong Tahunan Kali Ke 4
Menaja mesyuarat agong tahunan persatuan penduduk residen 1, Bandar Baru Setia Awan Perdana dengan memberi sumbangan untuk membeli cenderamata kepada ajk persatuan
Menaja mesyuarat agong tahunan persatuan penduduk residen 1, bbsap dengan memberi sumbangan untuk membeli cenderamata kepada ajk persatuan yang telah berkhidmat untuk sesi 2021 - 2022 sebagai penghargaan kepada mereka memandangkan telah banyak sumbangan mereka kepada persatuan dan taman serta melaksanakan segala program usahasama antara persatuan dan pemaju sepanjang perkhidmatan mereka.
22 Mac 2023
Sumbangan Untuk Kerja Kerja Memasang Paip Air Surau
Dengan menyumbang pemasangan paip air, kita dapat meningkatkan infrastruktu dan meningkatkan kualiti hidup penduduk Residen 2, Bandar Baru Setiawan Perdana.
Dengan menyumbang pemasangan paip air, kita dapat meningkatkan infrastruktu dan meningkatkan kualiti hidup penduduk Residen 2, Bandar Baru Setiawan Perdana.
JUMLAH SUMBANGAN: RM1850.00
19 July 2022
Penajaan Kepada Pelajar Sekolah Di Negeri Perak
Lagenda Properties Berhad telah berbesar hati menaja 3 orang pelajar dari 2 buah sekolah di Negeri Perak untuk mewakili Malaysia ke peringkat akhir Pertandingan Globals Teeneagle 2022 di London, United Kingdom.
Lagenda Properties Berhad telah berbesar hati menaja 3 orang pelajar dari 2 buah sekolah di Negeri Perak untuk mewakili Malaysia ke peringkat akhir Pertandingan Globals Teeneagle 2022 di London, United Kingdom.
Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Malaysia Innovation, Invention & Creativity Association (MIICA). Seramai 70 orang pelajar dari seluruh Malaysia telah menyertai pertandingan ini dan daripada jumlah tersebut seramai 35 orang pelajar telah memperolehi Pingat Emas. Setelah melalui beberapa proses saringan, 10 orang pelajar telah terpilih, 3 daripadanya adalah dari Negeri Perak untuk mewakili Malaysia ke pertandingan akhir yang dijadualkan pada 31 Julai 2022 hingga 7 Ogos 2022 di United Kingdom.
Tahniah diucapkan kepada adik Usheytha a/p Rajendran dan adik Ushana a/p Rajendran dari SK Marian Convent Ipoh serta adik Sharvika a/p Vijaya Raman dari SJK (T) Chettiar Ipoh. Semoga mereka pulang dengan kejayaan dan mengharumkan nama sekolah seterusnya nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
29 Mei 2022
Program Penanaman Pokok Bakau Changkat Keruing
Lagenda Properties Berhad dengan kerjasama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Persatuan Changkat Keruing telah menganjurkan program penanaman pokok bakau di kawasan simpanan sekitar Sg. Raja Hitam berdekatan dengan
Lagenda Properties Berhad dengan kerjasama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Persatuan Changkat Keruing telah menganjurkan program penanaman pokok bakau di kawasan simpanan sekitar Sg. Raja Hitam berdekatan dengan Changkat Keruing Riverbank Park pada pukul 8 pagi. Program ini juga turut disokong oleh GEF Small Grants Programme, Yayasan Hasanah dan Rakan Segari.
Lagenda Properties Berhad telah menyumbang sebanyak 1,000 batang pokok bakau dan telah berjaya ditanam dengan bantuan kakitangan Lagenda Properties Berhad, Persatuan Changkat Keruing dan pihak pengurusan KUASA.
Penanaman pokok bakau ini bertujuan untuk memelihara semula eko sistem di kawasan sungai akibat daripada kegiatan penerokaan haram yang dijalankan sebelum ini.
24 Dec 2021
Sumbangan Bantuan Makanan Di Kampung Jawa, Hilir Perak
Memahami keresahan para penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditambah pula dengan latar belakang sosio-ekonomi penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada golongan B40, Lagenda Properties
Memahami keresahan para penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditambah pula dengan latar belakang sosio-ekonomi penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada golongan B40, Lagenda Properties Berhad terpanggil untuk menghulurkan sumbangan berupa Kotak Bantuan Makanan kepada mereka yang terlibat di Kampung Jawa, Gugusan Ayer Hitam, Hilir Perak.
Lagenda Properties Berhad amat berharap dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk yang terlibat sepanjang dalam tempoh sekatan. Ini merupakan tanda keprihatinan pihak syarikat dengan masalah yang berlaku kepada masyarakat setempat.
Hadir untuk menerima sumbangan yang disampaikan oleh En. Zainal bin Ahmad selaku Pengurus Perhubungan Awam, Lagenda Properties Berhad ialah En. Saidi b Hj Shaari, Pegawai Daerah Hilir Perak.
Majlis ringkas berlangsung di Pusat Kawalan PKPD Kampung Jawa, Gugusan Ayer Hitam pada hari Jumaat, 24 Dis 2021 jam 10.00 pagi yang turut dihadiri oleh kakitangan dari Bahagian Perhubungan Awam, Pemasaran & Komunikasi Korporat serta Pejabat Jualan Lagenda Teluk Intan.
28 Oct 2021
Pandemik COVID-19 – Peranan Barisan Hadapan
Pandemik Covid19 yang melanda negara sejak tahun 2019 telah menyebabkan semua pihak berganding bahu dalam menangani suasana yang tidak pernah dijangka. Barisan hadapan yang terdiri daripada pasukan keselamatan dan perubatan merupakan
Pandemik Covid19 yang melanda negara sejak tahun 2019 telah menyebabkan semua pihak berganding bahu dalam menangani suasana yang tidak pernah dijangka. Barisan hadapan yang terdiri daripada pasukan keselamatan dan perubatan merupakan benteng pertama dalam mendepani serangan wabak ini.
Angkatan Tentera Malaysia yang merupakan tonggak utama dalam barisan hadapan terbukti melaksanakan tanggungjawab dengan sangat cemerlang dalam usaha kerajaan mengekang pandemik ini.
Lagenda Properties Berhad merasa terpanggil dan berhasrat untuk menghulurkan satu bentuk sumbangan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia walaupun kami menyedari bahawa ianya tidak mampu untuk memberikan nilai saksama atas pengorbanan dan jasa pasukan Angkatan Tentera Malaysia.
28 Sept 2021
Sumbangan Bantuan Makanan Ketika Berkunjung Hormat
Dalam mengukuhkan jalinan kerjasama bersama pasukan keselamatan yang sentiasa gigih dalam mendepani cabaran kehidupan masakini, Lagenda Properties Berhad terpanggil untuk menyantuni keperluan anggota pasukan terutama yang terkesan
Dalam mengukuhkan jalinan kerjasama bersama pasukan keselamatan yang sentiasa gigih dalam mendepani cabaran kehidupan masakini, Lagenda Properties Berhad terpanggil untuk menyantuni keperluan anggota pasukan terutama yang terkesan dengan pandemik Covid19 yang masih berlegar dipersekitaran.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lagenda Properties Berhad, Dato’ Jimmy Doh telah menyerahkan sumbangan berbentuk 100 Kotak Bantuan Makanan ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Bin Wahid di pejabatnya di Ibupejabat Kontinjen Perak di Ipoh hari ini.
Lagenda Properties Berhad optimis bahawa sumbangan kecil ini akan memantapkan lagi kesalinghubungan antara kedua pihak sejajar dengan ungkapan bahawa Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.
23 Sept 2021
Menyegerakan Proses Vaksin Di Daerah Larut Matang & Selama
PPV Bas Bergerak anjuran Lagenda Properties Berhad menuju ke lokasi seterusnya di Dewan Serbaguna Kampung Sg. Ara, Batu Kurau. Diharap sedikit usaha ini dapat menyegerakan proses vaksin di Daerah Larut Matang dan Selama.
PPV Bas Bergerak anjuran Lagenda Properties Berhad menuju ke lokasi seterusnya di Dewan Serbaguna Kampung Sg. Ara, Batu Kurau. Diharap sedikit usaha ini dapat menyegerakan proses vaksin di Daerah Larut Matang dan Selama.
Bersatu kita menentang COVID-19
11 Sept 2021
Masyarakat Dan Polis Berpisah Tiada
Menyokong hasrat Frontliners Negara didalam membantu masyarakat yang terkesan akibat Covid-19 dan sempena lawatan rasmi Ketua Polis Negeri Perak (C.P) Datuk Mior Faridalathrash Wahid ke Pulau Pangkor, Lagenda Properties Berhad sekali lagi turut
Menyokong hasrat Frontliners Negara didalam membantu masyarakat yang terkesan akibat Covid-19 dan sempena lawatan rasmi Ketua Polis Negeri Perak (C.P) Datuk Mior Faridalathrash Wahid ke Pulau Pangkor, Lagenda Properties Berhad sekali lagi turut turun padang membantu Polis DiRaja Malaysia dengan menyumbangkan 50 kotak barangan makanan harian untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan di sekitar Pulau Pangkor.
"Caring about others, running the risk of feeling, and leaving an impact on people, brings happiness" - Harold Wushner
10 Sept 2021
Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19
Program pemberian vaksin dengan PPV bas bergerak anjuran Lagenda Properties Berhad diteruskan minggu ini di Dewan Penghulu Bukit Gantang.
Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID
Program pemberian vaksin dengan PPV bas bergerak anjuran Lagenda Properties Berhad diteruskan minggu ini di Dewan Penghulu Bukit Gantang.
Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 ini memberi peluang kepada penerima secara walk-in untuk memudahkan masyrakat luar bandar dan perkampungan untuk mendapatkan vaksin.
Bersatu kita menentang COVID-19
9 Sept 2021
Program Tanggungjawab Social (CSR) Lagenda Properties Berhad
Lagenda Properties Berhad meneruskan langkah tuntas untuk memenuhi konsep giving back to community dengan memenuhi permohonan bantuan peralatan perubatan daripada Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.
Lagenda Properties Berhad meneruskan langkah tuntas untuk memenuhi konsep giving back to community dengan memenuhi permohonan bantuan peralatan perubatan daripada Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.
Hadir dalam majlis ringkas pada hari ini adalah Pengurus Besar, En Cheah Lye Aik yang mewakili Lagenda Properties Berhad bagi menyerahkan bantuan peralatan bernilai melebihi RM480,000.00 kepada Timbalan Pengarah Perubatan, Dr Hj Mohamed Ali bin Mohamed Nadhar Khan dan Dr Azurin Chan binti Mohd Mansor mewakili Pengarah HSAH Sungai Petani, Dr Azlina binti Muhamad Radzi di Lobi Utama HSAH.
Masih menjadi harapan bahawa bantuan peralatan-peralatan ini akan mengukuhkan ikatan kolabrasi untuk bersama dengan pihak HSAH Sungai Petani dalam menyuntik semangat baru kepada petugas barisan hadapan dalam memerangi pandemik Covid19 yang masih belum berakhir
3 Sept 2021
Program Pemberian Suntikan Vaksin
Misi pemberian suntikan vaksin kepada penduduk Batu Kurau minggu ini telah diselesaikan melalui PPV Bas Bergerak anjuran Lagenda Properties Berhad dan kolaborasi bersama Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 Pejabat
Misi pemberian suntikan vaksin kepada penduduk Batu Kurau minggu ini telah diselesaikan melalui PPV Bas Bergerak anjuran Lagenda Properties Berhad dan kolaborasi bersama Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama yang bertempat di SMK Kampong Perak selama 3 hari.
Bersatu kita menentang COVID-19
2 Sept 2021
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
Meneruskan langkah dalam manifestasi giving back to the community, Lagenda Properties Berhad telah memenuhi sebahagian keperluan peralatan dan kelengkapan perubatan seperti yang telah disenaraikan oleh pihak Hospital Teluk Intan.
Meneruskan langkah dalam manifestasi giving back to the community, Lagenda Properties Berhad telah memenuhi sebahagian keperluan peralatan dan kelengkapan perubatan seperti yang telah disenaraikan oleh pihak Hospital Teluk Intan.
Hadir dalam majlis ringkas pada hari ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Lagenda Properties Berhad, YBhg Dato’ Jimmy Doh yang menyerahkan bantuan peralatan bernilai melebihi RM500,000.00 berkenaan kepada Pengarah Hospital Teluk Intan, Tuan Dr Khairul Baharin b Mohd Baharuddin di Lobi Utama Hospital Teluk Intan.
Adalah menjadi harapan bahawa bantuan ini akan merupakan satu kolaborasi yang mampu diperkukuhkan untuk terus bersama dalam menyuntik semangat baru kepada petugas – petugas perubatan yang merupakan tulang belakang dalam barisan hadapan memerangi pandemik Covid19 yang masih belum berakhir.
30 Aug 2021
Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19
Selesai sudah lokasi PPV Bas Bergerak di Klinik Kesihatan Trong yang telah memanfaatkan kira-kira 2,000 penduduk di mukim Trong.
Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-
Selesai sudah lokasi PPV Bas Bergerak di Klinik Kesihatan Trong yang telah memanfaatkan kira-kira 2,000 penduduk di mukim Trong.
Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 ini adalah usaha kerjasama antara Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama dengan Lagenda Properties Berhad yang bermatlamat untuk mempercepatkan pendaftaran dan pemberian vaksin khususnya kepada penduduk kawasan luar bandar dan pendalaman.
Bersatu kita menentang COVID-19.
27 Aug 2021
Penerimaan Vaksin Kepada Penduduk Perumahan Rakyat (PPR)
Sekitar 4000 penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Simpang Perdana disasarkan menerima vaksin COVID-19 melalui insiatif tanggungjawab sosial korporat Lagenda Properties Berhad dan kolaborasi bersama Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-
Sekitar 4000 penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Simpang Perdana disasarkan menerima vaksin COVID-19 melalui insiatif tanggungjawab sosial korporat Lagenda Properties Berhad dan kolaborasi bersama Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama minggu ini.
Lagenda Properties Berhad amat berbesar hati kerana berpeluang untuk turut menyumbang kepada rakyat Malaysia ketika menghadapi cabaran menangani pandemik COVID-19 ini.
Bersatu kita menentang COVID-19
18 Aug 2021
Polis Dan Rakyat Berpisah Tiada - Penyampaian Barangan Sokongan
Menghargai usaha dan jasa Frontliner Negara, Lagenda Properties Berhad sekali lagi menyampaikan barangan sokongan berupa 100 kotak air mineral, 100 kotak pelitup muka dan 100 botol hand sanitizer bagi kegunaan anggota Polis Tapah yang
Menghargai usaha dan jasa Frontliner Negara, Lagenda Properties Berhad sekali lagi menyampaikan barangan sokongan berupa 100 kotak air mineral, 100 kotak pelitup muka dan 100 botol hand sanitizer bagi kegunaan anggota Polis Tapah yang bertugas semasa tempoh pelaksanaan PKPD di 23 kawasan di Daerah Tapah yang bermula dari 11 Ogos 2021 sehingga 25 Ogos 2021.
Pihak Lagenda Properties Berhad mengambil maklum bahawa ada beberapa kawasan yang terlibat dengan PKPD di daerah ini melibatkan Perkampungan Orang Asli, jadi bekalan barangan sokongan ini amatlah perlu dibekalkan secukupnya kerana ianya melibatkan perjalanan yang jauh untuk berulang alik.
Barangan sumbangan ini telah disampaikan oleh En. Zainal Ahmad, Pengurus Perhubungan Awam, Lagenda Properties Berhad kepada Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Wan Azharuddin b Wan Ismail dalam majlis ringkas di IPD Tapah yang turut disaksikan oleh beberapa orang pegawai dari kedua-kedua pihak
16 Aug 2021
Memberi Bantuan Kepada Anggota TLDM Yang Terjejas Semasa PKP
Lagenda Properties Berhad mengambil satu langkah ke hadapan membantu anggota TLDM yang terjejas dengan PKP akibat penularan Covid 19.
Bantuan segera disalurkan setelah menerima
Lagenda Properties Berhad mengambil satu langkah ke hadapan membantu anggota TLDM yang terjejas dengan PKP akibat penularan Covid 19.
Bantuan segera disalurkan setelah menerima maklumat daripada Pusat Khidmat Komuniti KPKT cawangan Lumut. Memandangkan sebelum ini ramai dikalangan anggota TLDM merupakan pembeli kepada beberapa projek perumahan milik Syarikat Lagenda Properties Berhad, ianya telah menjadi tanggungjawap bersama untuk meringankan beban mereka dengan memberi bantuan yang sewajarnya.
Sumbangan 200 kotak makanan telah disampaikan melalui Pusat Khidmat Komuniti KPKT cawangan Lumut untuk diagihkan kepada anggota yang terlibat oleh wakil Syarikat Lagenda Properties Berhad, Encik Zainal Ahmad kepada Pn. Syarifah Hazlina Syed Musa, Penyelaras Pusat Khidmat Komuniti KPKT.
6 Aug 2021
Program Imunisasi Kebangsaan - Kempen Vaksinasi Korporat
Lagenda Properties Berhad menyokong penuh Program Imunisasi Kebangsaan. Lagenda Properties Berhad telah meneruskan Kempen Vaksinasi Korporat dengan melengkapkan dos kedua kepada mereka yang terlibat sejak semalam.
Lagenda Properties Berhad menyokong penuh Program Imunisasi Kebangsaan. Lagenda Properties Berhad telah meneruskan Kempen Vaksinasi Korporat dengan melengkapkan dos kedua kepada mereka yang terlibat sejak semalam.
Kami berharap dengan insiatif ini, kita mampu meratakan lengkuk jangkitan dan meningkatkan keselamatan di tempat kerja untuk kakitangan dan rakan niaga serta ahli keluarga.
Lagenda Properties Berhad Care!
30 July 2021
Menghulurkan Bantuan Makan Kering Kepada Penduduk
Lagenda Properties Berhad terus menghulurkan tangan membantu.
Sejumlah 200 kotak bantuan makanan kering disumbangkan kepada penduduk di Teluk Intan, Hilir Perak dan Manjung yang terkesan
Lagenda Properties Berhad terus menghulurkan tangan membantu.
Sejumlah 200 kotak bantuan makanan kering disumbangkan kepada penduduk di Teluk Intan, Hilir Perak dan Manjung yang terkesan akibat penularan covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang tiada berpenghujung.
Sumbangan diterima oleh Encik Issamuddin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung dan Ybhg Tuan Saidi b Mohd Shaari, Pegawai Daerah Hilir Perak.
Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan sinar keceriaan dan senyuman kepada mereka yang terkesan.
Lagenda Properties Berhad Cares!
19 July 2021
Kempen Vaksinasi Korporat Anjuran Lagenda Properties Berhad
Seramai 1200 orang terdiri daripada kakitangan Lagenda Properties Berhad, Setia Awan Group, ahli keluarga, dan rakan niaga telah berjaya divaksin dalam Kempen Vaksinasi Korporat anjuran Lagenda Properties Berhad dengan kerjasama Eastin
Seramai 1200 orang terdiri daripada kakitangan Lagenda Properties Berhad, Setia Awan Group, ahli keluarga, dan rakan niaga telah berjaya divaksin dalam Kempen Vaksinasi Korporat anjuran Lagenda Properties Berhad dengan kerjasama Eastin Hotel Petaling Jaya dan pihak Optimax dalam menyediakan vaksin Covid-19 serta pegawai perubatan dan para sukarelawan pada Khamis yang lalu.
Semoga dengan usaha kecil ini, kita bersama-sama memutuskan rantaian pandemik Covid-19. Bersama kita lindungi diri daripada wabak Covid-19.
Lagenda Properties Berhad We care!