Author name: admin

Program Penanaman Pokok Bakau Changkat Keruing

Program Penanaman Pokok Bakau Changkat Keruing Lagenda Properties Berhad dengan kerjasama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Persatuan Changkat Keruing telah menganjurkan program penanaman pokok bakau di kawasan simpanan sekitar Sg. Raja Hitam berdekatan dengan Changkat Keruing Riverbank Park pada pukul 8 pagi. Program ini juga turut disokong oleh GEF Small Grants Programme, Yayasan Hasanah dan Rakan Segari. Lagenda Properties Berhad telah menyumbang sebanyak 1,000 batang pokok bakau dan telah berjaya ditanam dengan bantuan kakitangan Lagenda Properties Berhad, Persatuan Changkat Keruing dan pihak pengurusan KUASA. Penanaman pokok bakau ini bertujuan untuk memelihara semula eko sistem di kawasan sungai akibat daripada kegiatan penerokaan haram yang dijalankan sebelum ini. PrevPreviousSumbangan Bantuan Makanan Di Kampung Jawa, Hilir Perak NextPenajaan Kepada Pelajar Sekolah Di Negeri PerakNext Share

Program Penanaman Pokok Bakau Changkat Keruing Read More »

Sumbangan Bantuan Makanan Di Kampung Jawa, Hilir Perak

Sumbangan Bantuan Makanan Di Kampung Jawa, Hilir Perak Memahami keresahan para penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditambah pula dengan latar belakang sosio-ekonomi penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada golongan B40, Lagenda Properties Berhad terpanggil untuk menghulurkan sumbangan berupa Kotak Bantuan Makanan kepada mereka yang terlibat di Kampung Jawa, Gugusan Ayer Hitam, Hilir Perak. Lagenda Properties Berhad amat berharap dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk yang terlibat sepanjang dalam tempoh sekatan. Ini merupakan tanda keprihatinan pihak syarikat dengan masalah yang berlaku kepada masyarakat setempat. Hadir untuk menerima sumbangan yang disampaikan oleh En. Zainal bin Ahmad selaku Pengurus Perhubungan Awam, Lagenda Properties Berhad ialah En. Saidi b Hj Shaari, Pegawai Daerah Hilir Perak. Majlis ringkas berlangsung di Pusat Kawalan PKPD Kampung Jawa, Gugusan Ayer Hitam pada hari Jumaat, 24 Dis 2021 jam 10.00 pagi yang turut dihadiri oleh kakitangan dari Bahagian Perhubungan Awam, Pemasaran & Komunikasi Korporat serta Pejabat Jualan Lagenda Teluk Intan. PrevPreviousPandemik COVID-19 – Peranan Barisan Hadapan NextProgram Penanaman Pokok Bakau Changkat KeruingNext Share

Sumbangan Bantuan Makanan Di Kampung Jawa, Hilir Perak Read More »

Pandemik COVID-19 – Peranan Barisan Hadapan

Pandemik COVID-19 – Peranan Barisan Hadapan Pandemik Covid19 yang melanda negara sejak tahun 2019 telah menyebabkan semua pihak berganding bahu dalam menangani suasana yang tidak pernah dijangka. Barisan hadapan yang terdiri daripada pasukan keselamatan dan perubatan merupakan benteng pertama dalam mendepani serangan wabak ini. Angkatan Tentera Malaysia yang merupakan tonggak utama dalam barisan hadapan terbukti melaksanakan tanggungjawab dengan sangat cemerlang dalam usaha kerajaan mengekang pandemik ini. Lagenda Properties Berhad merasa terpanggil dan berhasrat untuk menghulurkan satu bentuk sumbangan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia walaupun kami menyedari bahawa ianya tidak mampu untuk memberikan nilai saksama atas pengorbanan dan jasa pasukan Angkatan Tentera Malaysia. PrevPreviousSumbangan Bantuan Makanan Ketika Berkunjung Hormat NextSumbangan Bantuan Makanan Di Kampung Jawa, Hilir PerakNext Share

Pandemik COVID-19 – Peranan Barisan Hadapan Read More »

Sumbangan Bantuan Makanan Ketika Berkunjung Hormat

Sumbangan Bantuan Makanan Ketika Berkunjung Hormat Dalam mengukuhkan jalinan kerjasama bersama pasukan keselamatan yang sentiasa gigih dalam mendepani cabaran kehidupan masakini, Lagenda Properties Berhad terpanggil untuk menyantuni keperluan anggota pasukan terutama yang terkesan dengan pandemik Covid19 yang masih berlegar dipersekitaran. Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lagenda Properties Berhad, Dato’ Jimmy Doh telah menyerahkan sumbangan berbentuk 100 Kotak Bantuan Makanan ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Bin Wahid di pejabatnya di Ibupejabat Kontinjen Perak di Ipoh hari ini. Lagenda Properties Berhad optimis bahawa sumbangan kecil ini akan memantapkan lagi kesalinghubungan antara kedua pihak sejajar dengan ungkapan bahawa Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada. PrevPreviousMenyegerakan Proses Vaksin Di Daerah Larut Matang & Selama NextPandemik COVID-19 – Peranan Barisan HadapanNext Share

Sumbangan Bantuan Makanan Ketika Berkunjung Hormat Read More »

Menyegerakan Proses Vaksin Di Daerah Larut Matang & Selama

Menyegerakan Proses Vaksin Di Daerah Larut Matang & Selama PPV Bas Bergerak anjuran Lagenda Properties Berhad menuju ke lokasi seterusnya di Dewan Serbaguna Kampung Sg. Ara, Batu Kurau. Diharap sedikit usaha ini dapat menyegerakan proses vaksin di Daerah Larut Matang dan Selama. Bersatu kita menentang COVID-19 PrevPreviousMasyarakat Dan Polis Berpisah Tiada NextSumbangan Bantuan Makanan Ketika Berkunjung HormatNext Share

Menyegerakan Proses Vaksin Di Daerah Larut Matang & Selama Read More »

Masyarakat Dan Polis Berpisah Tiada

Masyarakat Dan Polis Berpisah Tiada Menyokong hasrat Frontliners Negara didalam membantu masyarakat yang terkesan akibat Covid-19 dan sempena lawatan rasmi Ketua Polis Negeri Perak (C.P) Datuk Mior Faridalathrash Wahid ke Pulau Pangkor, Lagenda Properties Berhad sekali lagi turut turun padang membantu Polis DiRaja Malaysia dengan menyumbangkan 50 kotak barangan makanan harian untuk diagihkan kepada penduduk yang memerlukan di sekitar Pulau Pangkor. “Caring about others, running the risk of feeling, and leaving an impact on people, brings happiness” – Harold Wushner PrevPreviousProgram Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 NextMenyegerakan Proses Vaksin Di Daerah Larut Matang & SelamaNext Share

Masyarakat Dan Polis Berpisah Tiada Read More »

Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19

Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 Program pemberian vaksin dengan PPV bas bergerak anjuran Lagenda Properties Berhad diteruskan minggu ini di Dewan Penghulu Bukit Gantang. Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 ini memberi peluang kepada penerima secara walk-in untuk memudahkan masyarakat luar bandar dan perkampungan untuk mendapatkan vaksin. Bersatu kita menentang COVID-19 PrevPreviousProgram Tanggungjawab Social (CSR) Lagenda Properties Berhad NextMasyarakat Dan Polis Berpisah TiadaNext Share

Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 Read More »

Program Tanggungjawab Social (CSR) Lagenda Properties Berhad

Program Tanggungjawab Social (CSR) Lagenda Properties Berhad Lagenda Properties Berhad meneruskan langkah tuntas untuk memenuhi konsep giving back to community dengan memenuhi permohonan bantuan peralatan perubatan daripada Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani. Hadir dalam majlis ringkas pada hari ini adalah Pengurus Besar, En Cheah Lye Aik yang mewakili Lagenda Properties Berhad bagi menyerahkan bantuan peralatan bernilai melebihi RM480,000.00 kepada Timbalan Pengarah Perubatan, Dr Hj Mohamed Ali bin Mohamed Nadhar Khan dan Dr Azurin Chan binti Mohd Mansor mewakili Pengarah HSAH Sungai Petani, Dr Azlina binti Muhamad Radzi di Lobi Utama HSAH. Masih menjadi harapan bahawa bantuan peralatan-peralatan ini akan mengukuhkan ikatan kolabrasi untuk bersama dengan pihak HSAH Sungai Petani dalam menyuntik semangat baru kepada petugas barisan hadapan dalam memerangi pandemik Covid19 yang masih belum berakhir. PrevPreviousProgram Pemberian Suntikan Vaksin NextProgram Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19Next Share

Program Tanggungjawab Social (CSR) Lagenda Properties Berhad Read More »

Program Pemberian Suntikan Vaksin

Program Pemberian Suntikan Vaksin Misi pemberian suntikan vaksin kepada penduduk Batu Kurau minggu ini telah diselesaikan melalui PPV Bas Bergerak anjuran Lagenda Properties Berhad dan kolaborasi bersama Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama yang bertempat di SMK Kampong Perak selama 3 hari. Bersatu kita menentang COVID-19 PrevPreviousProgram Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) NextProgram Tanggungjawab Social (CSR) Lagenda Properties BerhadNext Share

Program Pemberian Suntikan Vaksin Read More »

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Meneruskan langkah dalam manifestasi giving back to the community, Lagenda Properties Berhad telah memenuhi sebahagian keperluan peralatan dan kelengkapan perubatan seperti yang telah disenaraikan oleh pihak Hospital Teluk Intan. Hadir dalam majlis ringkas pada hari ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Lagenda Properties Berhad, YBhg Dato’ Jimmy Doh yang menyerahkan bantuan peralatan bernilai melebihi RM500,000.00 berkenaan kepada Pengarah Hospital Teluk Intan, Tuan Dr Khairul Baharin b Mohd Baharuddin di Lobi Utama Hospital Teluk Intan. Adalah menjadi harapan bahawa bantuan ini akan merupakan satu kolaborasi yang mampu diperkukuhkan untuk terus bersama dalam menyuntik semangat baru kepada petugas – petugas perubatan yang merupakan tulang belakang dalam barisan hadapan memerangi pandemik Covid19 yang masih belum berakhir. PrevPreviousProgram Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 NextProgram Pemberian Suntikan VaksinNext Share

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Read More »