Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19

Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 Selesai sudah lokasi PPV Bas Bergerak di Klinik Kesihatan Trong yang telah memanfaatkan kira-kira 2,000 penduduk di mukim Trong. Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 ini adalah usaha kerjasama antara Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama dengan Lagenda Properties Berhad yang bermatlamat untuk mempercepatkan pendaftaran dan pemberian vaksin khususnya kepada penduduk kawasan luar bandar dan pendalaman. Bersatu kita menentang COVID-19. PrevPreviousPenerimaan Vaksin Kepada Penduduk Perumahan Rakyat (PPR) NextProgram Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)Next Share

Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 Read More »

Penerimaan Vaksin Kepada Penduduk Perumahan Rakyat (PPR)

Penerimaan Vaksin Kepada Penduduk Perumahan Rakyat (PPR) Sekitar 4000 penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) Simpang Perdana disasarkan menerima vaksin COVID-19 melalui insiatif tanggungjawab sosial korporat Lagenda Properties Berhad dan kolaborasi bersama Program Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19 Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama minggu ini. Lagenda Properties Berhad amat berbesar hati kerana berpeluang untuk turut menyumbang kepada rakyat Malaysia ketika menghadapi cabaran menangani pandemik COVID-19 ini. Bersatu kita menentang COVID-19 PrevPreviousPolis Dan Rakyat Berpisah Tiada – Penyampaian Barangan Sokongan NextProgram Outreach Imunisasi Vaksin COVID-19Next Share

Penerimaan Vaksin Kepada Penduduk Perumahan Rakyat (PPR) Read More »

Polis Dan Rakyat Berpisah Tiada – Penyampaian Barangan Sokongan

Polis Dan Rakyat Berpisah Tiada – Penyampaian Barangan Sokongan Menghargai usaha dan jasa Frontliner Negara, Lagenda Properties Berhad sekali lagi menyampaikan barangan sokongan berupa 100 kotak air mineral, 100 kotak pelitup muka dan 100 botol hand sanitizer bagi kegunaan anggota Polis Tapah yang bertugas semasa tempoh pelaksanaan PKPD di 23 kawasan di Daerah Tapah yang bermula dari 11 Ogos 2021 sehingga 25 Ogos 2021. Pihak Lagenda Properties Berhad mengambil maklum bahawa ada beberapa kawasan yang terlibat dengan PKPD di daerah ini melibatkan Perkampungan Orang Asli, jadi bekalan barangan sokongan ini amatlah perlu dibekalkan secukupnya kerana ianya melibatkan perjalanan yang jauh untuk berulang alik. Barangan sumbangan ini telah disampaikan oleh En. Zainal Ahmad, Pengurus Perhubungan Awam, Lagenda Properties Berhad kepada Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Wan Azharuddin b Wan Ismail dalam majlis ringkas di IPD Tapah yang turut disaksikan oleh beberapa orang pegawai dari kedua-dua pihak. PrevPreviousMemberi Bantuan Kepada Anggota TLDM Yang Terjejas Semasa PKP NextPenerimaan Vaksin Kepada Penduduk Perumahan Rakyat (PPR)Next Share

Polis Dan Rakyat Berpisah Tiada – Penyampaian Barangan Sokongan Read More »

Memberi Bantuan Kepada Anggota TLDM Yang Terjejas Semasa PKP

Memberi Bantuan Kepada Anggota TLDM Yang Terjejas Semasa PKP Lagenda Properties Berhad mengambil satu langkah ke hadapan membantu anggota TLDM yang terjejas dengan PKP akibat penularan Covid 19. Bantuan segera disalurkan setelah menerima maklumat daripada Pusat Khidmat Komuniti KPKT cawangan Lumut. Memandangkan sebelum ini ramai dikalangan anggota TLDM merupakan pembeli kepada beberapa projek perumahan milik Syarikat Lagenda Properties Berhad, ianya telah menjadi tanggungjawap bersama untuk meringankan beban mereka dengan memberi bantuan yang sewajarnya. Sumbangan 200 kotak makanan telah disampaikan melalui Pusat Khidmat Komuniti KPKT cawangan Lumut untuk diagihkan kepada anggota yang terlibat oleh wakil Syarikat Lagenda Properties Berhad, Encik Zainal Ahmad kepada Pn. Syarifah Hazlina Syed Musa, Penyelaras Pusat Khidmat Komuniti KPKT. PrevPreviousProgram Imunisasi Kebangsaan – Kempen Vaksinasi Korporat NextPolis Dan Rakyat Berpisah Tiada – Penyampaian Barangan SokonganNext Share

Memberi Bantuan Kepada Anggota TLDM Yang Terjejas Semasa PKP Read More »

Program Imunisasi Kebangsaan – Kempen Vaksinasi Korporat

Program Imunisasi Kebangsaan – Kempen Vaksinasi Korporat Lagenda Properties Berhad menyokong penuh Program Imunisasi Kebangsaan. Lagenda Properties Berhad telah meneruskan Kempen Vaksinasi Korporat dengan melengkapkan dos kedua kepada mereka yang terlibat sejak semalam. Kami berharap dengan insiatif ini, kita mampu meratakan lengkuk jangkitan dan meningkatkan keselamatan di tempat kerja untuk kakitangan dan rakan niaga serta ahli keluarga. Lagenda Properties Berhad Care! PrevPreviousMenghulurkan Bantuan Makan Kering Kepada Penduduk NextMemberi Bantuan Kepada Anggota TLDM Yang Terjejas Semasa PKPNext Share

Program Imunisasi Kebangsaan – Kempen Vaksinasi Korporat Read More »

Menghulurkan Bantuan Makan Kering Kepada Penduduk

Menghulurkan Bantuan Makan Kering Kepada Penduduk Lagenda Properties Berhad terus menghulurkan tangan membantu. Sejumlah 200 kotak bantuan makanan kering disumbangkan kepada penduduk di Teluk Intan, Hilir Perak dan Manjung yang terkesan akibat penularan covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang tiada berpenghujung. Sumbangan diterima oleh Encik Issamuddin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung dan Ybhg Tuan Saidi b Mohd Shaari, Pegawai Daerah Hilir Perak. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan sinar keceriaan dan senyuman kepada mereka yang terkesan. Lagenda Properties Berhad Cares! PrevPreviousKempen Vaksinasi Korporat Anjuran Lagenda Properties Berhad NextProgram Imunisasi Kebangsaan – Kempen Vaksinasi KorporatNext Share

Menghulurkan Bantuan Makan Kering Kepada Penduduk Read More »

Kempen Vaksinasi Korporat Anjuran Lagenda Properties Berhad

Kempen Vaksinasi Korporat Anjuran Lagenda Properties Berhad Seramai 1200 orang terdiri daripada kakitangan Lagenda Properties Berhad, Setia Awan Group, ahli keluarga, dan rakan niaga telah berjaya divaksin dalam Kempen Vaksinasi Korporat anjuran Lagenda Properties Berhad dengan kerjasama Eastin Hotel Petaling Jaya dan pihak Optimax dalam menyediakan vaksin Covid-19 serta pegawai perubatan dan para sukarelawan pada Khamis yang lalu. Semoga dengan usaha kecil ini, kita bersama-sama memutuskan rantaian pandemik Covid-19. Bersama kita lindungi diri daripada wabak Covid-19. Lagenda Properties Berhad We care! NextMenghulurkan Bantuan Makan Kering Kepada PendudukNext Share

Kempen Vaksinasi Korporat Anjuran Lagenda Properties Berhad Read More »