Kempen Vaksinasi Korporat Anjuran Lagenda Properties Berhad

Seramai 1200 orang terdiri daripada kakitangan Lagenda Properties Berhad, Setia Awan Group, ahli keluarga, dan rakan niaga telah berjaya divaksin dalam Kempen Vaksinasi Korporat anjuran Lagenda Properties Berhad dengan kerjasama Eastin Hotel Petaling Jaya dan pihak Optimax dalam menyediakan vaksin Covid-19 serta pegawai perubatan dan para sukarelawan pada Khamis yang lalu.

Semoga dengan usaha kecil ini, kita bersama-sama memutuskan rantaian pandemik Covid-19. Bersama kita lindungi diri daripada wabak Covid-19.

Lagenda Properties Berhad We care!

Share