Memberi Bantuan Kepada Anggota TLDM Yang Terjejas Semasa PKP








Lagenda Properties Berhad mengambil satu langkah ke hadapan membantu anggota TLDM yang terjejas dengan PKP akibat penularan Covid 19.
Bantuan segera disalurkan setelah menerima maklumat daripada Pusat Khidmat Komuniti KPKT cawangan Lumut. Memandangkan sebelum ini ramai dikalangan anggota TLDM merupakan pembeli kepada beberapa projek perumahan milik Syarikat Lagenda Properties Berhad, ianya telah menjadi tanggungjawap bersama untuk meringankan beban mereka dengan memberi bantuan yang sewajarnya.
Sumbangan 200 kotak makanan telah disampaikan melalui Pusat Khidmat Komuniti KPKT cawangan Lumut untuk diagihkan kepada anggota yang terlibat oleh wakil Syarikat Lagenda Properties Berhad, Encik Zainal Ahmad kepada Pn. Syarifah Hazlina Syed Musa, Penyelaras Pusat Khidmat Komuniti KPKT.