Menghulurkan Bantuan Makan Kering Kepada Penduduk

Lagenda Properties Berhad terus menghulurkan tangan membantu.

Sejumlah 200 kotak bantuan makanan kering disumbangkan kepada penduduk di Teluk Intan, Hilir Perak dan Manjung yang terkesan akibat penularan covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang tiada berpenghujung.

Sumbangan diterima oleh Encik Issamuddin Ibrahim, Ketua Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial mewakili Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung dan Ybhg Tuan Saidi b Mohd Shaari, Pegawai Daerah Hilir Perak.

Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan sinar keceriaan dan senyuman kepada mereka yang terkesan. Lagenda Properties Berhad Cares!

Share