Pandemik COVID-19 – Peranan Barisan Hadapan





Pandemik Covid19 yang melanda negara sejak tahun 2019 telah menyebabkan semua pihak berganding bahu dalam menangani suasana yang tidak pernah dijangka. Barisan hadapan yang terdiri daripada pasukan keselamatan dan perubatan merupakan benteng pertama dalam mendepani serangan wabak ini.
Angkatan Tentera Malaysia yang merupakan tonggak utama dalam barisan hadapan terbukti melaksanakan tanggungjawab dengan sangat cemerlang dalam usaha kerajaan mengekang pandemik ini.
Lagenda Properties Berhad merasa terpanggil dan berhasrat untuk menghulurkan satu bentuk sumbangan kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia walaupun kami menyedari bahawa ianya tidak mampu untuk memberikan nilai saksama atas pengorbanan dan jasa pasukan Angkatan Tentera Malaysia.