Penajaan Kepada Pelajar Sekolah Di Negeri Perak

Lagenda Properties Berhad telah berbesar hati menaja 3 orang pelajar dari 2 buah sekolah di Negeri Perak untuk mewakili Malaysia ke peringkat akhir Pertandingan Globals Teeneagle 2022 di London, United Kingdom.

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Malaysia Innovation, Invention & Creativity Association (MIICA). Seramai 70 orang pelajar dari seluruh Malaysia telah menyertai pertandingan ini dan daripada jumlah tersebut seramai 35 orang pelajar telah memperolehi Pingat Emas. Setelah melalui beberapa proses saringan, 10 orang pelajar telah terpilih, 3 daripadanya adalah dari Negeri Perak untuk mewakili Malaysia ke pertandingan akhir yang dijadualkan pada 31 Julai 2022 hingga 7 Ogos 2022 di United Kingdom.

Tahniah diucapkan kepada adik Usheytha a/p Rajendran dan adik Ushana a/p Rajendran dari SK Marian Convent Ipoh serta adik Sharvika a/p Vijaya Raman dari SJK (T) Chettiar Ipoh. Semoga mereka pulang dengan kejayaan dan mengharumkan nama sekolah seterusnya nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Share