Polis Dan Rakyat Berpisah Tiada - Penyampaian Barangan Sokongan





Menghargai usaha dan jasa Frontliner Negara, Lagenda Properties Berhad sekali lagi menyampaikan barangan sokongan berupa 100 kotak air mineral, 100 kotak pelitup muka dan 100 botol hand sanitizer bagi kegunaan anggota Polis Tapah yang bertugas semasa tempoh pelaksanaan PKPD di 23 kawasan di Daerah Tapah yang bermula dari 11 Ogos 2021 sehingga 25 Ogos 2021.
Pihak Lagenda Properties Berhad mengambil maklum bahawa ada beberapa kawasan yang terlibat dengan PKPD di daerah ini melibatkan Perkampungan Orang Asli, jadi bekalan barangan sokongan ini amatlah perlu dibekalkan secukupnya kerana ianya melibatkan perjalanan yang jauh untuk berulang alik.
Barangan sumbangan ini telah disampaikan oleh En. Zainal Ahmad, Pengurus Perhubungan Awam, Lagenda Properties Berhad kepada Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Wan Azharuddin b Wan Ismail dalam majlis ringkas di IPD Tapah yang turut disaksikan oleh beberapa orang pegawai dari kedua-dua pihak.