Program Tanggungjawab Social (CSR) Lagenda Properties Berhad










Lagenda Properties Berhad meneruskan langkah tuntas untuk memenuhi konsep giving back to community dengan memenuhi permohonan bantuan peralatan perubatan daripada Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.
Hadir dalam majlis ringkas pada hari ini adalah Pengurus Besar, En Cheah Lye Aik yang mewakili Lagenda Properties Berhad bagi menyerahkan bantuan peralatan bernilai melebihi RM480,000.00 kepada Timbalan Pengarah Perubatan, Dr Hj Mohamed Ali bin Mohamed Nadhar Khan dan Dr Azurin Chan binti Mohd Mansor mewakili Pengarah HSAH Sungai Petani, Dr Azlina binti Muhamad Radzi di Lobi Utama HSAH.
Masih menjadi harapan bahawa bantuan peralatan-peralatan ini akan mengukuhkan ikatan kolabrasi untuk bersama dengan pihak HSAH Sungai Petani dalam menyuntik semangat baru kepada petugas barisan hadapan dalam memerangi pandemik Covid19 yang masih belum berakhir.