Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Meneruskan langkah dalam manifestasi giving back to the community, Lagenda Properties Berhad telah memenuhi sebahagian keperluan peralatan dan kelengkapan perubatan seperti yang telah disenaraikan oleh pihak Hospital Teluk Intan.

Hadir dalam majlis ringkas pada hari ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Lagenda Properties Berhad, YBhg Dato’ Jimmy Doh yang menyerahkan bantuan peralatan bernilai melebihi RM500,000.00 berkenaan kepada Pengarah Hospital Teluk Intan, Tuan Dr Khairul Baharin b Mohd Baharuddin di Lobi Utama Hospital Teluk Intan.

Adalah menjadi harapan bahawa bantuan ini akan merupakan satu kolaborasi yang mampu diperkukuhkan untuk terus bersama dalam menyuntik semangat baru kepada petugas – petugas perubatan yang merupakan tulang belakang dalam barisan hadapan memerangi pandemik Covid19 yang masih belum berakhir.

Share