Sumbangan Bantuan Makanan Di Kampung Jawa, Hilir Perak




Memahami keresahan para penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditambah pula dengan latar belakang sosio-ekonomi penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada golongan B40, Lagenda Properties Berhad terpanggil untuk menghulurkan sumbangan berupa Kotak Bantuan Makanan kepada mereka yang terlibat di Kampung Jawa, Gugusan Ayer Hitam, Hilir Perak.
Lagenda Properties Berhad amat berharap dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk yang terlibat sepanjang dalam tempoh sekatan. Ini merupakan tanda keprihatinan pihak syarikat dengan masalah yang berlaku kepada masyarakat setempat.
Hadir untuk menerima sumbangan yang disampaikan oleh En. Zainal bin Ahmad selaku Pengurus Perhubungan Awam, Lagenda Properties Berhad ialah En. Saidi b Hj Shaari, Pegawai Daerah Hilir Perak.
Majlis ringkas berlangsung di Pusat Kawalan PKPD Kampung Jawa, Gugusan Ayer Hitam pada hari Jumaat, 24 Dis 2021 jam 10.00 pagi yang turut dihadiri oleh kakitangan dari Bahagian Perhubungan Awam, Pemasaran & Komunikasi Korporat serta Pejabat Jualan Lagenda Teluk Intan.