Sumbangan Bantuan Makanan Ketika Berkunjung Hormat








Dalam mengukuhkan jalinan kerjasama bersama pasukan keselamatan yang sentiasa gigih dalam mendepani cabaran kehidupan masakini, Lagenda Properties Berhad terpanggil untuk menyantuni keperluan anggota pasukan terutama yang terkesan dengan pandemik Covid19 yang masih berlegar dipersekitaran.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lagenda Properties Berhad, Dato’ Jimmy Doh telah menyerahkan sumbangan berbentuk 100 Kotak Bantuan Makanan ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Perak, CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Bin Wahid di pejabatnya di Ibupejabat Kontinjen Perak di Ipoh hari ini.
Lagenda Properties Berhad optimis bahawa sumbangan kecil ini akan memantapkan lagi kesalinghubungan antara kedua pihak sejajar dengan ungkapan bahawa Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.