ESG
Mendorong pertumbuhan lestari melalui prinsip dan amalan ESG (Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus) yang kukuh.
Komitmen Kami
Sebagai pemaju yang peka dengan keadaan sosial semasa, model perniagaan kami dibina dengan mengiktiraf kepentingan spektrum kelestarian. Kami menyediakan rumah yang berpatutan untuk segmen pasaran B40 dan M40, yang merangkumi kualiti dan inovasi berdasarkan prinsip ESG.
Seiring dengan perjalanan untuk memastikan kelestarian perniagaan kami, kami berusaha untuk menerapkan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (“ESG”) pada seluruh operasi perniagaan kami.
Alam Sekitar
Di Lagenda, matlamat kami adalah menyematkan konsep-konsep penting secara progresif dalam pengurusan sumber, pemeliharaan alam sekitar, dan pengurangan jejak karbon alam sekitar dalam model perniagaan.
Sosial
Di Lagenda, matlamat kami adalah mencipta impak positif di mana sahaja kami beroperasi. Kami memberi keutamaan kepada hak asasi manusia, kesejahteraan pekerja, rakan kongsi, dan komuniti, serta penciptaan nilai untuk semua pemegang kepentingan. Tanggungjawab sosial merupakan intipati etos kami, dan kami memberi balik secara aktif kepada masyarakat dengan mencipta impak positif yang berkekalan dalam komuniti kami.
Tadbir Urus
Di Lagenda, kami mengutamakan tadbir urus dan integriti sebagai landasan utama perniagaan kami. Kami percaya bahawa etika perniagaan yang baik dapat mengurangkan risiko, meningkatkan kredibiliti, dan meningkatkan nilai jenama.
Komitmen Kami kepada Agenda Kelestarian Global dan Kebangsaan
Sebagai menyokong agenda pembangunan mampan global yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kerajaan Malaysia, kami telah menyelaraskan inisiatif ESG kami dengan 15 daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan serta penyampaian berkaitan Perumahan Mampu Milik di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
Mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk miskin bandar
Memberikan akses kepada makanan berkhasiat, menangani kelaparan dan kekurangan zat makanan, serta mengagihkan Bubur Lambuk kepada penduduk dan mereka yang memerlukan.
• Menyediakan pekerja dengan insurans kesihatan dan faedah perubatan
• Menyediakan infrastruktur taman awam untuk rekreasi penduduk
• Menyediakan latihan kesihatan dan keselamatan kepada kakitangan kami melalui dasar dan prosedur OHS
Pekerja digalakkan untuk terlibat dalam pembelajaran berterusan melalui program latihan
• Tiada diskriminasi dalam pekerjaan dan peluang yang sama untuk semua
• Mencatat 56% perwakilan wanita dalam tenaga kerja
Memasang 3,663 unit sistem tadahan air hujan untuk menggalakkan kecekapan penggunaan air
• Melabur dan memasang sistem pencahayaan cekap tenaga
• Untuk memasang 1,000 sistem fotovoltaik solar kediaman (“PV”) di tiga (3) projek perbandaran kami
• Mempraktikkan peluang pekerjaan yang sama rata
• Menyediakan pekerja dengan tempat kerja yang selamat dan terjamin
• Membuka peluang pekerjaan
Memberikan sumbangan bagi menyokong akses yang saksama terhadap pendidikan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
• Aktiviti Penglibatan Masyarakat
• Menanam 23,000 pokok
• Menggunakan IBS untuk menguruskan bahan binaan
• Menggunakan 100% perolehan tempatan
• Mengurangkan jumlah sisa tapak pelupusan melalui prafabrikasi bahan
Melaksanakan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui dan menggalakkan amalan mampan untuk memerangi perubahan iklim.
Melindungi ekosistem marin, mengurangkan pencemaran melalui penyertaan dalam inisiatif pembersihan pantai dan kitar semula.
• Tiada ketidakpatuhan berkaitan alam sekitar
• Menanam lebih daripada 29,000 pokok
• Mengguna pakai 5 dasar untuk memperkukuh penjagaan alam sekitar dan sosial
• Mencatatkan sifar kejadian rasuah
Struktur Tadbir Urus Kelestarian
Di Lagenda, tadbir urus yang kukuh dan kepimpinan berwawasan merupakan asas utama komitmen kami dalam mendorong pertumbuhan yang bertanggungjawab dan mampan untuk jangka panjang. Kelestarian diterapkan dalam organisasi kami melalui pendekatan dari atas ke bawah, selaras dengan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia dan berpandukan amalan terbaik industri.
Jawatankuasa Kelestarian Lembaga Pengarah bertanggungjawab menetapkan hala tuju strategik, manakala Jawatankuasa Kerja Kelestarian memastikan penyepaduan inisiatif kelestarian merentasi semua aspek operasi kami, sekali gus mendorong pencapaian matlamat kelestarian secara nyata.


Memastikan hala tuju strategik bertaraf tinggi, pematuhan, dan prestasi kelestarian sejajar dengan objektif syarikat serta kepentingan para pemegang taruh.

Jawatankuasa Kelestarian Lembaga Pengarah menyokong Lembaga Pengarah dalam memantau strategi kelestarian yang merangkumi aspek Ekonomi, Alam Sekitar dan Sosial, serta pengintegrasian Risiko dan Peluang Kelestarian, termasuk pengurusan jangkaan pihak berkepentingan dan pematuhan terhadap undang-undang serta peraturan yang berkaitan.

Jawatankuasa Kerja Kelestarian menerajui pembangunan dan pelaksanaan strategi kelestarian Lagenda, termasuk memantau pelaksanaan dasar, strategi, pendedahan, inisiatif dan sasaran yang berkaitan.
Jawatankuasa ini berperanan sebagai penghubung penting antara kepimpinan dan pasukan operasi, bagi memastikan penjajaran dan pelaksanaan usaha kelestarian yang berkesan. Ia juga bekerjasama dengan kumpulan kerja rentas fungsi yang terdiri daripada wakil semua jabatan, bagi memastikan prestasi berkait secara langsung dengan pencapaian matlamat kelestarian.
Inisiatif Kelestarian - Ringkasan
Di Lagenda, kami memahami kepentingan mengambil inisiatif kelestarian dan terlibat dalam Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk mengurangkan impak alam sekitar dan mencipta nilai bagi pemegang kepentingan kami.
Ketahui lebih lanjut Inisiatif Kelestarian dan Komitmen Sosial Korporat (CSR):

Penyertaan dalam Earth Hour 2024
Kami telah menyertai Earth Hour 2024 pada 23 Mac 2024 dengan mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak penting dari jam 8:30 malam hingga 9:30 malam. Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami terhadap tanggungjawab alam sekitar serta memupuk kesedaran tentang penjimatan tenaga dan perubahan iklim. Bagi menggalakkan penyertaan, kami telah berkongsi poster di platform komunikasi dalaman bagi memberi inspirasi kepada pekerja untuk turut serta dari rumah. Usaha kami turut diiktiraf dalam “Laporan Penghargaan WWF” atas sokongan terhadap Earth Hour.

Hari Kelestarian
Sempena Hari Kelestarian Sedunia, kami telah bekerjasama dengan Ipoh Refill untuk menyampaikan ceramah informasi bertajuk “Kehidupan Tanpa Sisa.” Sepanjang sesi ini, para peserta mempelajari amalan mampan dan cara-cara praktikal untuk mengurangkan sisa dalam kehidupan seharian.
Selain itu, kami turut menganjurkan aktiviti menarik seperti kitar semula sisa dan pengumpulan minyak masak terpakai bagi menggalakkan penyertaan secara langsung dalam amalan kelestarian. Sepanjang acara ini, kami berjaya mengitar semula sebanyak 180kg bahan pelbagai jenis, termasuk e-sisa seperti televisyen, monitor LCD dan pembersih hampagas, serta 100kg minyak masak terpakai.

Program Penanaman Pokok Bakau
Seramai 24 peserta dari Lagenda bersama keluarga mereka telah menyertai Persatuan Aktivis Sahabat Alam (“KUASA”) dalam satu inisiatif penanaman pokok bakau yang bermakna, dengan kejayaan menanam hampir 700 anak pokok bakau di Changkat Keruing, Perak. Usaha ini menyumbang kepada pemulihan dan perlindungan ekosistem pesisir pantai yang memainkan peranan penting dalam menangani perubahan iklim. Melalui kerjasama ini bersama KUASA, kami terus memperkukuh usaha kelestarian dengan menekankan kepentingan penjagaan alam sekitar secara proaktif dan tindakan pemuliharaan yang digerakkan oleh komuniti.

Projek Hijau Pangkor: Hari Konservasi Pangkor
Selaras dengan matlamat alam sekitar, kami telah mengambil bahagian dalam Hari Pemuliharaan Pulau Pangkor di Teluk Giam, Pulau Pangkor. Kami telah menanam pokok dan menjalankan aktiviti pembersihan pantai, dengan tujuan mempromosikan kesedaran alam sekitar dan menekankan kepentingan flora dan fauna tempatan.

Penjimatan Air Hujan
Kami telah memasang secara kumulatif lebih daripada 5,800 unit sistem penuaian air hujan di unit individu untuk menggalakkan kecekapan air, menyumbang kepada pengurangan air yang ketara.

Program Penglibatan Pekerja
Kami telah menganjurkan beberapa aktiviti libat urus pekerja, termasuk lawatan domestik mengikut jabatan, aktiviti pembinaan pasukan, acara sukan, sambutan perayaan dan inisiatif lain.

Taman Komuniti
Kami telah melancarkan Projek Taman Komuniti dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung dan Jabatan Pertanian Perak sebagai sebahagian daripada kempen 5R kami. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan jaminan makanan dan kesedaran alam sekitar dalam kalangan komuniti tempatan.

Kempen Kitar Semula 5R
Kami telah melancarkan kempen pengurusan sisa berasaskan pendekatan 5R dengan mengadakan Hari Kitar Semula (Baucer Tunai), Hari Sumbangan dan Kempen Kitar Semula di premis kami.
Sempena kempen ini, kami memberikan tumpuan kepada penggalak 5R iaitu dengan mempromosikan amalan kitar semula, pendekatan upcycling dan menyediakan infrastruktur kitar semula seperti tong fabrik.